Khamis, 11 September 2014

FIRMAX 3 NANO TECHNOLOGY


NANO TEKNOLOGI



Nanoteknologi merupakan suatu fenomena atau penemuan teknologi baru yang baru berlaku.Ia adalah teknologi yang berkaitan dengan saiz iaitu dalam skala nano (1-100 nm) atau satu billion lebih kecil daripada sebarang benda yang bersaiz satu meter.

Teknologi halus itu antaranya penting dengan mengecilkan komponen-komponen tertentu. Malah tanpa kita sedar banyak benda di sekeliling kita menjadi semakin kecil, ringan dan sukar dilihat.


Cuba bayangkan, penggunaan nanoteknologi dalam bidang perubatan memungkinkan rawatan penyakit dilakukan di bawah permukaan kulit dengan hanya menggunakan memakai ubat bersaiz nano pada muka anda.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm#ixzz3D46H6qd7
© Utusan Melayu (M) Bhd
 





Nanoteknologi Pemacu Teknologi Mutakhir

Oleh Mohd Faizal Achoi
rencana@hmetro.com.my

Pada asasnya, nanoteknologi merujuk kepada benda yang bersaiz kecil di bawah ukuran seratus nanometer juga kajian pada tahap atom iaitu pada ukuran 1 per billion meter.

Nanoteknologi terbahagi kepada beberapa kelompok utama iaitu bahan nano, nanomekanik, nanoelektronik, nanophotonik, dan nanoteknologi biologi.

Semua kelompok itu mempunyai empat jenis dimensi yang sama iaitu kosong dimensi, satu dimensi, dua dimensi dan tiga dimensi.

Antara contoh bahan nano yang menarik perhatian pengaplikasiannya ialah karbon nano tiub dalam industri sukan seperti pembuatan raket, dalam bidang photonik seperti peranti sel solar untuk menyimpan dan menjana tenaga elektrik, bahan nano titanium dioksida digunakan di dalam industri pembungkusan makanan sebagai lapisan nano dan juga sebagai penghasilan kaca bersih-sendiri.

Nanoteknologi memberi kesan yang lebih efektif kepada aplikasinya dikehendaki, meningkatkan ke tahap kecekapan tinggi, memberi impak maksimum kepada teknologi dan menjimatkan sumber tenaga bumi yang tidak boleh diperbaharui.

Setiap produk yang ada pada masa diinovasikan pada tahap nano mempunyai tenaga yang berkeupayaan tinggi dan mampu menyelesaikan pelbagai masalah teknologi, antaranya dalam bidang farmaseutikal, industri pembuatan barangan elektrik, industri pembangunan dan bidang kosmetik.

Dalam bidang farmaseutikal, bahan nano yang berdimensi kosong atau bersaiz nano sfera seperti ubat nanoshell digunakan dalam aplikasi terapi pengimejan perubatan kaser terapi dalam tubuh manusia.

Nanoshell adalah sejenis nanopartikel yang terdiri daripada teras silica dikelilingilapisan emas. Ciri-ciri yang ada pada bahan nano jenis ini seperti tidak toksik menyebabkan ia selamat digunakan dan sesuai dengan keadaan dalam badan manusia selain berkeupayaan menyembuhkan penyakit sel kanser dengan cepat dan berkesan pada tahap nano.

Dalam bidang pembuatan barangan elektrik, bahan nano yang berdimensi satu iaitu karbon nano tiub kebanyakan diguna di dalam mesin pengering rambut, gelombang mikro ketuhar, peranti sel solar, LED dan foto pengesan.

Ciri-ciri yang ada pada bahan nano ini ialah tahan kepada haba dan suhu yang tinggi. Satu lagi sifat unik pada karbon nano tiub ini ialah ‘light mass’ iaitu mempunyai satu jisim struktur yang sangat ringan tapi kuat.

Bahan nano jenis ini mempunyai satu dinding yang dicipta menjadi satu gentian panjang membentuk struktur pelbagai dinding untuk menambah kekuatannya.

Struktur gentian ini akan digunakan sebagai pengantara antara bumi dan bulan di masa akan datang untuk menghantar angkasawan membuat kajian di bulan. Ia dalam proses kajian penyelidikan yang dilakukan sekumpulan penyelidik di Jepun.

Dalam industri pembangunan, bahan nano seperti titanium dioksida dicipta menjadi satu salutan tahap nano digunakan pada cermin-cermin bangunan yang mempunyai fungsi kaca bersih-sendiri tanpa memerlukan tenaga kerja manusia.

Ia menjimatkan kos pelaburan sumber manusia. Ciri-ciri yang ada pada bahan ini ialah satu struktur permukaan yang suka kepada air, menyerapnya dan menyingkirkan segala kotoran seperti minyak dan habuk kotoran.

Bahan nano ini mempunyai kebolehupayaan menapis sinaran ultra-ungu yang merbahaya kepada kulit manusia.

Dalam bidang kosmetik, produk ‘nanowhite’ disintesis ke tahap nano mempunyai kelebihan memutihkan kulit muka dalam tempoh singkat selain tidak meninggalkan kesan kerengsaan pada kulit muka.

Akhirnya, nanoteknologi menghasilkan pelbagai produk baru yang belum wujud sebelum ini.

Natijahnya, nanoteknologi boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara berbilion ringgit setiap tahun.

Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai budaya masyarakat kita dengan nanoteknologi sebagai asas kreativiti dan tunggak kepada pendapatan negara agar setanding dengan negara maju seperti Korea dan Amerika Syarikat yang mempunyai produk dan jenamanya sendiri seperti Samsung dan iPhone.

Idea daripada teknologi itu, negara kita juga mempunyai jenama dan produk tersohor sendiri.

Penulis ialah penyelidik di Pusat Kajian Nanosains dan Nanoteknologi, Institut Sains, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Tiada ulasan: