Jumaat, 10 Oktober 2014

Dapatkan zuriat dengan DOA , IKHTIAR dan TAWAKAL

Assalamualaikum
Saya kembali menulis pada hari ini, 
Teringat kembali  beberape sahabat, pesakit yang pernah mengeluhkan akan kesukaran mendapat rezeki nikmat yang teristimewa dari ALLAH iaitu ZURIAT

Pelbagai cara sudah dicuba, dari cara tradisi hingga ke cara modern. ada yang berjaya dan ada yang masih berusaha ,saya andaikan cara itu adalah satu dari ikhtiar seorang manusia. 

Manusia didunia ini memang pelbagai karenah. kadang bila kita ade sesuatu nikmat dari ALLAH, kita alpa, kita lupa, kita tidak menghargai rezeki pemberian ALLAH.

Lebih menyedihkan lagi, dizaman modern dengan smart phone . kita dapat melihat sendiri gambar melalui media social , bayi -bayi yang dibuang meninggal  dijumpai dalam tandas, dalam longkang, dalam semak dan terapung dalam sungai.sangat menyedihkan.

Berjayalah dan bersorak para syaitan dan iblis, yang menjerat manusia bermula dari awal meruntuhkan akhlak dan iman dengan gejala sosial  dan seks bebas sehingga kematian seorang anak adam. 

syaitan dan iblis adelah musuh sebenar kita. MUSUH sebenar bukan manusia lain. dalam tiap kegiatan sehari-hari, ingat lah jangan sampai kita kalah kepada mereka.

Berbalik kepada isu ZURIAT

Strategi  utama umat islam adalah DOA, disini contoh doa yang ingin saya kongsi untuk diamalkan oleh para bakal ibu yang amat berharap memiliki cahaya mata:








Strategi kedua adelah Ikhtiar
Boleh Mencuba pelbagai cara traditional maupun modern, tiada yang baik atau buruk kerana kita berikhtiar
mungkin saya boleh sedikit berkongsi pendapat secara ringkas dari segi pandangan perubatan ( Hospital)
Banyak sebab kenapa  terjadi  masalah kesukaran dari mendapatkan cahaya mata
Lebih mudah dibahagikan kepada dua

1. Lelaki 
2. Perempuan

Jadi untuk berikhtiar , pasangan lelaki dan perempuan harus sama turut menjalani pemeriksaan doktor:

Untuk lelaki ujian untuk Air Mani  dapat dijalankan di hospital
Ujian ini dapat melihat  sperma ( sel benih ) didalam air mani sama ada 
bermasalah dari segi bentuk, pergerakan, jumlah kuantiti sel sperma dalam air mani, dan kuantiti air mani itu sendiri. 


Aspek-aspek diatas memainkan peranan penting dalam kebolehan sel benih untuk bergerak menuju ke arah sel telur ( ovum ) dan kebolehan untuk masuk dalam sel telur  yang memungkinkan tejadi kehamilan.

saran saya untuk para lelaki merokok " Berhenti merokok "

Bagi perempuan pula 

pelbagai pemerikasaan boleh dijalankan dari segi tahap hormone dalam badan ,yang biasanya pada tahap rendah yang menyebabkan gangguan pada kitar haid.

Pemeriksaan dalaman ( peranakan) dari  keadaan Rahim berada dalam keadaan baik atau ada masalah tertentu atau tiada Rahim sejak kecil, salur  tiub fallopio yang menghubungkan antara rahim dan kilang telur ( ovari) adakah tersumbat atau menyempit dan kilang telur sendiri yang bermasalah.

Pelbagai jenis penyakit yang menjadi Diagnosis disebalik masalah kesuburan pada perempuan 


Diantara diagnosis paling biasa saya dengar adalah 
PCOS ( Policyctic ovarian syndrome)
yang mana masalah  ini terjadi 
kurangnya kadar hormon yang memberi efek pada kesuburan, 
turut menyebabkan haid tidak teratur,
berat badan yang berlebihan
dan banyak lagi.  untuk info lebih detail pembaca boleh search PCOS di google 

Terdapat cara pengobatan yang baik di hospital, pesakit perlu menurunkan berat badan, rawatan hormone merangsang kitar haid, rawatan merangsang pengeluaran sel telur ( Ovum) sehingga pemeriksaan organ peranakkan.

untuk rawatan alternative
saya  baru menjumpai satu produk baru yang dikatakan dapat menstabilkan hormone 

Nanotechnology cream  FIRMAX 3




untuk mengenali produk ini boleh lihat di  RAHASIA KESIHATAN FIRMAX 3 DISINI

Nano technology Membantu mempercepatkan Penghantaran zat ke kawasan target

IN SHA ALLAH
Cream Firmax3 ini dapat meningkatkan kadar hormone dengan itu secara tidak lansung akan mengatur kembali kitar haid yang tidak teratur .
darah haid akan mulai keluar dengan kadar yang sepatutnya.
Selain itu dapat membantu diet anda dalam menurunkan berat badan. lebih segar dan tidak mudah letih.
meningkatkan selera@ mood untuk berhubungan intim

sapukan di kedua NADI di leher dan Perut sekitar pusat dengan disertai doa setiap kali sapu/ 2 kali sehari
tidak diragui kerana lulus KKM 

Selain itu . usaha yang saya ingin berkongsi adalah
Waktu yang sesuai untuk hubungan intim yang efektif, iaitu ketika pada waktu subur wanita.

kerana berhubungan intim pada saat yang salah , menurunkan kadar peluang untuk mencapai kehamilan

disini satu kalender yang  mudah dapat membantu anda mengenal pasti waktu subur wanita

Setiap wanita berbeza dalam kitar haid
dikira dari hari pertama haid, 
hari paling dikatakan subur adalah hari dimana sel telur dilepaskan dari kilang telur adalah bermula hari ke 12 hingga hari ke 16. jadi tingkatkan kadar hubungan intim pada Hari ke 12-16






selain dari DOA , IKHTIAR diharap kita dapat bersangka baik kepada ALLAH
BERTAWAKAL  ATAS segala KETENTUAN

BANYAKAN AMAL< PUASA SUNAT, SEDEKAH DAN JANGAN PERNAH BEHENTI BERDOA

mungkin tidak banyak yang dapat saya kongsikan, semoga bermanfaat.

Tiada ulasan: